Tuesday, 31 January 2017
3 tip cermin mata tidak kelihatan tebal
Power saya dalam lebih kurang dalam 700. Saya nak tukar cermin mata baru. Macam mana saya nak buat cermin tak kelihatan tebal sangat?
.
.
Terima kasih Puan atas pertanyaan.
Cermin mata yang kita buat, untuk tidak kelihatan tebal sangat, ada beberapa tip.
Selain dari pemilihan bingkai bersaiz lebih kecil, jenis cermin dengan kepadatan berbeza perlu sesuai dengan power yang dimiliki (digelar 'index', lebih tinggi nilainya, lebih padat dan nipis cerminnya).
Saya kongsikan beberapa pilihan yang sesuai, mengenai kepadatan cermin yang ada dipasaran.
.
.
Ini tipnya Puan :
1. Pilih kanta dari jenis plastik minimum index 1.6. Lebih baik jika 1.67 atau 1.74.
2. Boleh mencuba frame atau bingkai dari jenis plastik. Faktor bila bingkai ini memegang cermin lebih luas disekeliling sisinya, menjadikan tebal cermin itu lebih 'tersorok'.
3. Pilih kanta yang ada ciri khas ini : Double Aspheric. Ia suatu teknologi meratakan permukaan kanta di dua-dua sisi. Contohnya dari jenama Nikon.
.
.
Fakta :
High index 1.74 setakat ini bahan kanta paling padat di dunia bagi kategori bahan dari plastik.
(Bagi material 'glass' index nya boleh capai sehingga 1.90).
.
.
Jika digabungkan ke tiga tiga pilihan ini, cermin Puan lebih berpeluang untuk kurang kelihatan tebal.
Dari pengalaman kami, ini adalah faktor utama mengapa ramai yang suka memiliki cermin mata yang tidak begitu tebal :
"Lebih konfiden berada dihadapan orang ramai."
Ada pertanyaan tentang rabun dan cermin mata? Kami sedia menjawabnya.
Nur Fadhilah Abd Rani
Optometris
ABS Optomedik Klebang Ipoh.
Fb:Nur Fadhilah Optomedik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya mempunyai power belah iri 1400 dan kana 1200. cermin mata yang bagaimana sesuai untuk sya?? saya ada buat sebelum ni tapi x pakai sebab kanta terlalu berat dan spek mudah terjatuh
ReplyDelete